TRULYMEASME :)

Cloudy as me but hard as Cloud looks

Wednesday, 22 February 2012

ku redha ketentuan-NYA




"keputusan keluarganya untuk menyunting diriku menyebabkan aku dilema seketika, Hari ini aku redha dengan ketentuan-MU ya Rabb
KAU timbulkan rasa dalam hatiku untuk mencintai selayaknya sebagai bakal suami, insyaallah sekiranya berkesempatan
KAU telah menjawab segala persoalan di benakku dengan tawakkal kepada-MU ya Rabb...............
syukur alhamdulillah aku ingin menjadi wanita yang solehah selayaknya....yang mampu melahirkan benih islam yang mujahiddah
yang takut akan kebesaran-MU ya Rabb, semoga aku juga tergolong dalam kalangan anak yang solehah :)
INSYAALLAH.............."






DAN akan ku simpan rasa ini sebagai pemisah antara hak & batil
maafkan aku duhai anak adam yang telah meletakkan harapan yang tinggi terhadapku......
namun REDHA ALLAH S.W.T & IBU BAPA
tiada tandingnya...itulah yang aku harapkan . Cinta? suatu perasaan yang indah tapi jangan lah pula kita mengagungkan rasa itu melebihi-NYA
kelak pasti binasa.Selepas ini aku cuba semai rasa itu terhadap calon suami aku selayaknya dengan syariat.HALAL & SUCI disisi-NYA (insyaallah)
kita hanya mampu merancang tetapi ALLAH S.W.T menentukannya dan aku redha dengan ketentuan-MU ya Rabb


Begitu hinanya aku dengan meletakkan semua kesalahan terhadap dirinya iaitu menjadi batu penghalang kejayaanku... masyaallah,bolehkah aku dimaafkan?
terlalu banyak kekurangan dalam diriku,mampukah dia menerima diriku seadanya?
terlalu banyak peristiwa hitam yang memalit diriku,mampukah dia fahami diriku seadanya?




Hubungan yang bakal di bina berlandaskan kehendak orang tua...
aku bahagia apabila aku menjadi pilihan kedua orang tuanya dan aku sangat bersyukur kerana terpilih menjadi permaisuri di hatinya
kerana aku tahu saling melengkapi itu pasti dan bukannya mencari kesempurnaan semata-mata
yang indah itu apabila semua terjalin atas syariat-NYA
berkat rahmat-NYA
semoga tiang yang terbina berlandaskan pegangan agama.....
amin.

No comments:

Post a Comment